Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Semalam kita dikahabarkan dengan berita penemuan mayat Mohammad Hanafie bin Jaafar, seorang pemandu Grab yang hilang selama dua hari sebelum ditemui sudah tidak bernyawa semalam.
Ramai yang berkongsikan kesedihan dan mendoakan arwah di ruangan komen semasa kami melaporkan berita mengenainya semalam, namun tiada siapa yang lebih sedih berbanding keluarga dan orang yang rapat dengan arwah sendiri.
Salah seorangnya ialah bakal tunang arwah Mohammad Hanafie, Asnida Saip menerusi satu kiriman di akaun Facebook-nya baru-baru ini.

Dalam pada itu, pihak polis sudah pun menahan dua suspek lelaki termasuk seorang warga asing bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurut laporan Bernama, kedua-dua suspek telah mengaku membunuh dan membuang mangsa di sebuah kawasan di Tuaran. Pihak polis mempercayai ia adalah kes samun.
Sumber: FB Asnieda Nieda/BERNAMA