Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Harga emas jatuh ke paras terendah baharu dalam tempoh enam bulan pada Khamis semalam, lapor CNBC.
Difahamkan, ia susulan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang lebih tinggi akan memaksa Rizab Persekutuan (Fed) untuk berkemungkinan menaikkan kadar faedah lewat tahun ini, atau sekurang-kurangnya mengekalkannya stabil.
Bagaimanapun, terdapat juga faktor-faktor lain yang turut memainkan peranan
Kontrak niaga hadapan emas untuk bulan Ogos mencecah $4,046.20 seauns pada hari Khamis, paras terendahnya sejak November lalu.
Harga emas telah merosot 6.3 peratus pada minggu ini sahaja, meletakkannya di landasan untuk mencatatkan kerugian mingguan kedua berturut-turut serta minggu terburuknya sejak pertengahan Mac, apabila harga emas jatuh 9.62 peratus.
Kali terakhir dinilai, harganya turun 0.5 peratus kepada $4,111.10 seauns.
Sebagai aset perlindungan selamat (safe-haven asset), pelabur cenderung beralih kepada logam kuning ini ketika tempoh ketidaktentuan pasaran dengan harapan ia akan bertindak sebagai lindung nilai terhadap inflasi.
Bagaimanapun, oleh kerana emas tidak menghasilkan sebarang pulangan hasil (yield), logam ini juga amat sensitif terhadap jangkaan kadar faedah sebenar bagi jangka masa panjang.
Inflasi pengguna di A.S. pada bulan Mei meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh tiga tahun, terutamanya disebabkan oleh lonjakan harga produk berkaitan tenaga.
Bersandarkan laporan pekerjaan bulan Mei yang lebih kukuh daripada jangkaan, pasaran semakin menjangkakan bahawa Fed mungkin perlu menaikkan kadar faedah menjelang akhir tahun ini untuk memperlahankan kenaikan harga barangan.
Rizab Persekutuan dijangka mengekalkan kadar pinjaman penanda arasnya stabil pada paras 3.50 peratus hingga 3.75 peratus dalam mesyuarat pertama Kevin Warsh sebagai Pengerusi Fed yang baharu pada minggu depan.