Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Ramai masyarakat pada zaman sekarang lebih memilih untuk memakai braces untuk penjagaan gigi. Ada yang pakai untuk meratakan gigi dan ada juga yang pakai sekadar ikut trend terkini. Tahukah anda, pemakaian braces akan memberi kesan sekiranya anda mendapatkan perkhidmatan braces yang tidak bertauliah dan tidak disahkan oleh mana-mana pakar kesihatan.
Terdapat segelintir masyarakat yang cuba ambil kesempatan untuk menawarkan perkhidmatan fake braces kepada orang awam untuk mendapatkan duit. Anda perlu tahu, fake braces akan membuatkan kerosakan pada gigi disebabkan braces yang digunakan tidak bertahan lama.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkongsi tentang beberapa keburukan fake braces pada halaman Facebooknya. Antaranya ialah seperti berikut:
(1) Gigi Berlubang
(2) Gusi berdarah
(3) Pergerakan gigi yang tidak terkawal
(4) Gigi longgar
(5) Hakisan gigi
(6) Kecederaan tisu mulut
(7) Peralatan tidak dinyahkuman
(8) Bahan yang digunakan mungkin berbahaya
Bagi mereka yang ingin memakai braces, pastikan anda mendapatkan perkhidmatan pada klinik kesihatan gigi yang diiktiraf. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran murah atau sebarang janji yang diberikan. Ingat, gigi anda diperlukan dalam jangka masa yang lama. Elakkan pakai fake braces jika masih sayang gigi anda.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia