Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hari ke-73 PKP, Kedai Gunting Rambut, Salun & Gymnasium Masih Belum Dibenarkan Beroperasi – KKM

Hari ini adalah hari yang ke-73 arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Meskipun hampir tiga bulan berlalu, sektor perniagaan seperti kedai gunting rambut dan salun kecantikan serta pusat gymnasium masih lagi belum dibenarkan beroperasi.

Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Mengimbas kembali, kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan sektor tersebut beroperasi kerana mahu mencegah penularan dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Perkara tersebut pernah dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media pada 13 April lalu.

BACA: TERKINI: Kedai Gunting Rambut, Salun Kecantikan Dan Kedai Cermin Mata Tak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP

Sumber: KKM