Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hari Kebangsaan: ERL Tawar Diskaun 50 Peratus Tambang KLIA Transit Ke Putrajaya

ERL Tawar Diskaun 50 Peratus
Kredit: Express Rail Link Sdn Bhd Via Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menawarkan promosi tambang khas KLIA Transit sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 bagi memudahkan orang ramai mengunjungi pelbagai acara di Putrajaya, termasuk perarakan Hari Kebangsaan 2026.

ERL dalam kenyataan hari ini memaklumkan penumpang boleh menikmati diskaun 50 peratus untuk tiket ulang-alik KLIA Transit dari mana-mana stesen ke Stesen Putrajaya dan Cyberjaya.

Bagaimanapun, promosi itu tidak sah untuk perjalanan ke Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Tambang promosi ini ditawarkan untuk penumpang dewasa dan kanak-kanak (enam hingga 15 tahun) bagi perjalanan dari 29 hingga 31 Ogos. Pembelian tiket promosi hanya melalui aplikasi mudah alih KLIA Ekspres dan laman sesawang rasmi KLIA Ekspres dari 26 hingga 31 Ogos.

“Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke bawah boleh menaiki KLIA Transit secara percuma bagi setiap pembelian tiket dewasa, terhad kepada maksimum tiga kanak-kanak untuk setiap penumpang dewasa,” menurut kenyataan itu.

Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan, ERL akan mengedarkan Pek Merdeka eksklusif kepada 200 penumpang pertama yang tiba di Stesen Putrajaya dan Cyberjaya pada 31 Ogos.

“Dari Putrajaya Sentral, penumpang boleh memanfaatkan perkhidmatan bas perantara percuma yang disediakan oleh Prasarana dan Perbadanan Putrajaya untuk ke pelbagai lokasi acara di sekitar Putrajaya,” menurut kenyataan itu.

Selain perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, pengunjung boleh menyaksikan raptai penuh pada 29 Ogos serta tarikan lain termasuk Riuh Merdeka dan sambutan Ambang Merdeka 2026.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Merdeka KLIA Transit, layari www.KLIAekspres.com atau menghubungi perkhidmatan pelanggan menerusi talian 03-2267 8000.

Intipati
  • ERL menawarkan diskaun 50 peratus tiket ulang-alik KLIA Transit ke Putrajaya dan Cyberjaya.
  • Promosi sah untuk perjalanan 29 hingga 31 Ogos, dengan pembelian bermula 26 Ogos.
  • Diskaun tidak terpakai bagi perjalanan ke Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan