Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hartawan Dari Thailand Ini Mengaku Miliki 120 Orang Isteri Dan 28 Orang Anak

Walaupun perkahwinan secara poligami adalah tidak sah di Thailand, nampaknya ianya tidak menjadi masalah bagi hartawan dan ahli perniagaan, Tambon Prasert, yang sudah memiliki 120 orang isteri ini.

Kebanyakan orang mungkin terkejut dengan kisah ini tetapi ia tidak menjadi sesuatu yang aneh buat para isterinya kerana mereka semua dikatakan saling mengenali dan bertolak ansur dengan keputusan suami mereka.

Menurut Tribune, Tambon, 61, terpaksa mendedahkan gaya hidupnya yang beristeri ramai kepada wartawan setelah mereka berjaya mendapatkan info dari sumber tertentu. Ketika itulah beliau yang merupakan Ketua Daerah Phromnee, berkongsi kisahnya dengan dunia.

Tambon mengaku memiliki 120 isteri, 28 anak lelaki dan perempuan, walaupun poligami tidak diterima oleh undang-undang di Thailand. Namun, dia menolak spekulasi bahawa dia menikahi semua wanita itu dalam tempoh yang singkat.

Tambon berkata, ”Perkahwinan pertama saya adalah ketika saya berumur 17 tahun. Isteri pertama saya 1-2 tahun lebih muda dari saya dan kami mempunyai 3 orang anak bersama.

”Selepas itu, saya terus berkahwin dengan lebih ramai wanita. Sebilangan besar mereka adalah wanita muda dan berumur 20-an. Saya tidak suka wanita yang lebih tua kerana mereka terlalu banyak berdebat,” kata beliau.

Seiring waktu, dia memulakan perniagaan pembinaannya sendiri dan ketika ini lah sifatnya yang ingin berkahwin dengan ramai wanita semakin menjadi-jadi.

“Saya kontraktor pembinaan. Setiap kali saya membina rumah, saya akan berkahwin di sana. Saya sayang semua isteri saya dan mereka semua sayangkan saya,” kata beliau.

Secara jelasnya, ianya tidak menjadi sesuatu yang biasa bagi 120 wanita untuk berkongsi seorang suami.

Namun, setiap kali dia mengambil seseorang yang baru sebagai isteri, dia akan memberitahu pengantin baru bahawa dia sudah memiliki beberapa isteri, dan akan memberitahu yang lain dia berkahwin lain.

Dia juga berusaha untuk memberitahu keluarga bakal isterinya itu dan meneruskan perkahwinan secara tradisional.

Ahli perniagaan itu juga mendakwa bahawa beliau bersikap adil dalam menyediakan apa yang mereka perluka seperti membina rumah untuk isterinya.

“Sekiranya mereka tidak memiliki rumah, saya akan mendapatkan tanah dan menyelesaikan semuanya untuk mereka, agar mereka bahagia,” jelasnya.

Setakat ini, tidak diketahui adakah mereka yang berpoligami akan dikenakan tindakan yang tegas kerana melanggar undang-undang poligami Thailand.

Sumber: Tribune, hype.my