Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

”Kami tak pandai tapi kami cuba dengan semangat kental,” demikian kata-kata seorang ayah yang menunjukkan proses penghasilan kolam renang dewasa yang dibuat bersama anak-anaknya.
Menerusi satu hantaran di Facebook Tukang Apa Hari Ini, pemilik akaun Azhar Bin Abd Rahman berkongsi beberapa gambar dan video dari awal pembikinan kolam renang tersebut sekaligus membuatkan ramai kagum.
Menurut Azhar, kolam berkeluasan 18 x 28 x 5.5 kaki itu mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan dan merupakan kolam ketiga yang dibuat bersama anak-anaknya.
”Sekadar berkongsi kepuasan buat kolam mandi dengan anak -anak. Ini kolam ketiga yang kami buat, kolam berkeluasan 18 x 28 x 5.5 kaki.
”Sedikit gambar saya pamerkan proses-proses pembuatan. Tiga bulan juga la baru siap. Kolam pertama kolam mandi, kolam kedua kolam mandi kanak-kanak, kolam ketiga dan terbaru kolam mandi dewasa,” tulis Azhar.









Bukan calang-calang orang yang mampu menghasilkan kolam buatan sendiri kerana proses penghasilannya memerlukan kecekalan yang tinggi. Namun, hasilnya boleh mengukir senyuman yang tersayang!
Sumber: Facebook Azhar Bin Abd Rahman