Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Apabila seluruh dunia mengalami situasi penularan wabak Covid-19, ramai diantara kita yang terpaksa akur akibat wabak tersebut. Hampir majoriti penduduk berhadapan dengan isu terjejasnya pendapatan harian demi kelangsungan hidup disebabkan tidak boleh bekerja.
Namun, keprihatinan masyarakat terhadap orang lain tidak pernah luntur. Menerusi perkongsian seorang gadis Elsya Sandria, menceritakan kisah Pakcik Anang penjual donat dan tauhu yang tinggal di sebuah rumah uzur.
Menurutnya, warga emas ini memperoleh keuntungan jualannya kira-kira RM1 hingga RM2.50 sehari. Prihatin dengan nasibnya, Elsya telah mengumpul dana dan berhasil mendapatkan 70 juta rupiah (RM20,000) dalam satu malam.
Hasil sumbangan itu, Pak Anang kini mendiami rumah yang lebih selesa dan duit lebihan tersebut dikatakan disimpan untuk menunaikan umrah.
Sumber: Elsyandria