Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Tiada siapa yang tahu bila rohnya akan dijemput Ilahi namun pasti semua mempunyai keinginan untuk ‘pergi’ dalam keadaan khusnul khatimah. Benar, siapa yang tak mahu meninggal dunia dalam keadaan terbaik serta memperolehi kemuliaan di sisi Allah SWT.
Malam tadi, heboh di laman Facebook tentang ‘pemergian terindah’ seorang bilal yang didakwa meninggal dunia setelah selesai melaungkan azan. Hantaran yang mula dimuatnaik oleh laman Facebook Masjid Annur Felda Teloi Timur itu menjadi tular sekelip mata.
Beliau ialah Bilal sukarela di masjid ini. Beliau jatuh rebah dan meninggal selepas melaungkan azan isyak yang terakhir pada malam ini.

Seorang peneroka Ahmad Bin Saad (Mat CB). Jalan Ciku, Blok K, Felda Teloi Timur. Seorang yg aktif di masjid dan selalu melaungkan azan secara sukarela di masjid..
Hilang lagi sebutir permata, meninggal pada malam jumaat.
Perkhabaran duka tersebut dipenuhi dengan komen dari pengguna Facebook yang rata-rata mengucapkan takziah serta mendoakan kesejahteraan Allahyarham. Tidak ketinggalan ada yang turut mengimpikan kematian penuh barakah seperti itu.








Siakap Keli mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham Ahmad Bin Saad ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh dan beriman.
Sumber: Masjid An-Nur Felda Teloi Timur