TAIPING, 30 April (Bernama) — Hospital Taiping (HTPG) sedang mencari waris seorang lelaki yang mayatnya tidak dituntut di Unit Perubatan Forensik hospital itu sejak hampir dua minggu lalu.
Pengarah HTPG Dr Narimah Yusof berkata Lim Kwee Choon, 61, meninggal dunia di hospital berkenaan pada 3.03 pagi, 18 April lalu.
“Lelaki itu beralamat terakhir di Taman Aor Mesra, Taiping,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata waris mendiang boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam HTPG di talian 05-820 4000 / 4247 bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan tuntutan mayat.
Sumber: BERNAMA