Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir melibatkan 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 9 malam ini.
Menurut amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat di kebanyakan kawasan negeri Melaka, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
“Di Kedah, daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling dijangkan alami hujan lebat.
“Begitu juga daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang di Perak,” maklum MetMalaysia.
Melihat keadaan di Kelantan, daerah yang bakal menerima hujan lebat termasuk Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang.
Manakala di Pahang, hujan lebat dijangka landa daerah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut dan Bentong.
Terus ke Selangor, cuaca menunjukkan hujan lebat bakal berlaku di daerah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Di Negeri Sembilan pula, MetMalaysia menyenaraikan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau bakal terima hujan lebat malam ini.
Turun ke Johor, hujan lebat diramal landa daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
MetMalaysia menjangkakan hujan lebat bakal berlaku di beberapa kawasan di Kepulauan Borneo.
Di Sarawak, daerah Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau) dan Sibu (Kanowit) diramal bakal terima hujan lebat. Begitu juga daerah Kapit (Song dan Belaga), Bintulu dan Miri (Subis dan Beluru).
Manakala di Sabah, MetMalaysia menyenaraikan daerah Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Semporna), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) bakal alami hujan lebat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas jabatan tersebut.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar serta peka dengan perubahan cuaca.