Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Hujan Lebat Di 5 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku lima negeri dan satu Wilayah Persekutan sehingga jam 7 malam ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook berkata keadaan cuaca itu melibatkan negeri Perak iaitu di Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
Di Pahang, hanya kawasan Tanah Tinggi Cameron yang terlibat.
Manakala di Selangor pula, ia membabitkan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.
Amaran cuaca buruk itu juga turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bagi negeri Sarawak, daerah Kuching, Serian (Serian) dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya) terlibat.
Sementara itu, keadaan cuaca itu juga akan melanda Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) di Sabah.
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.