Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan lebat dan ribut petir diramal akan berlaku di lapan negeri dan dua wilayah sehingga jam 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di seluruh kawasan di Perlis.
Sementara itu, dua wilayah yang turut terjejas ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Seterusnya, amaran juga dikeluarkan di negeri Kedah merangkumi kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang.
Selain itu, untuk negeri Perak pula, amaran dikeluarkan di kawasan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Beralih ke negeri Pahang, kawasan terjejas ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut.
Untuk Selangor pula, amaran dikeluarkan untuk kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Bagi negeri Johor pula, kawasan terjejas ialah Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Amaran juga dikeluarkan untuk penduduk di Sabah meliputi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).
Akhir sekali, untuk negeri Sarawak, kawasan terjejas ialah Kapit (Kapit), Miri (Marudi) dan Limbang.

Ujar MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.