Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Di Shah Alam, 4 Laluan Ini Ditutup Sepenuhnya Akibat Kenaikkan Air
Empat jalan di Shah Alam telah ditutup sepenuhnya akibat kenaikkan air yang tinggi susulan hujan lebat yang turun di ibu negeri Selangor itu.
Perkaran itu dimaklumkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi satu hantaran yang dimuat naik laman facebooknya, sebentar tadi.
Empat laluan berkenaan adalah Jalan Seksyen 19, Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23, Persiaran Jubli Perak dan Persiaran Perusahan.
Menurut MBSA, arahan penutupan laluan berkenaan dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan menggunakan laluan alternatif bagi keselamatan,” kata MBSA.

Sumber: Majlis Bandaraya Shah Alam