Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Dijangka Di Empat Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan sebanyak empat dijangka akan dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga jam 9 malam ini.
Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata hujan lebat akan berlaku di Kedah iaitu di Sik dan Baling.
Di Kelantan pula, daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. Manakala di Terengganu, ia melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Bagi negeri Sabah, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dijangka turut terlibat.
Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.