Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Diramal Landa 2 Negeri, 1 Wilayah Hingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua buah negeri dan satu Wilayah sehingga jam 4 petang ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan.
Beralih ke Sarawak, antara daerah yang meliputi dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang),.
Selain itu, cuaca buruk yang sama diramal melanda Sabah iaitu kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Tambunan) dan Pantai Barat.
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.