Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Diramal Landa 7 Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang meliputi tujuh negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran tersebut terpakai bagi daerah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah. Begitu juga dengan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.
Keadaan cuaca di Perak turut menunjukkan hujan lebat bakal landa Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
Melihat keadaan di pantai timur, hanya daerah Jeli dan Gua Musang yang tersenarai menerima hujan lebat di Kelantan. Manakala di Terengganu pula, daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman dijangka hujan lebat.
Di Pahang, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat di daerah Tanah Tinggi Cameron dan Kuantan.
Beralih ke Sabah, hujan lebat hanya melanda daerah Sandakan (Tongod).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan ramalan cuaca signifikan yang dijangka bermula pada 8 hingga 14 Disember nanti.
“Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun dijangka bermula pada 8 hingga 14 Disember 2024. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur dan utara Semenanjung serta Sarawak dan Sabah dalam tempoh berkenaan. Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.
“MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan timur dan utara Semenanjung berkuat kuasa pada 8 hingga 11 Disember 2024,” maklumnya lagi.
Melalui notis yang sama, amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan. Amaran ini berkuat kuasa pada 8 hingga 12 Disember.
Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihat kekal berwaspada dengan perubahan cuaca dan amalkan langkah-langkah keselamatan.
BACA: “Jangan terburu-buru..” Ini Tip Bersih & Selamatkan Barang Elektrik Ditenggelami Banjir