Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Landa Enam Negeri & Dua Wilayah Petang Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan enam negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 4 petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari itu, kawasan terlibat merangkumi beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah serta seluruh Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Di Perak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Kuala Kangsar, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Perak Tengah dan Hilir Perak.

Bagi Kelantan, amaran melibatkan Pasir Puteh dan Bachok, manakala di Terengganu pula membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Amaran sama turut meliputi seluruh Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Limbang (Limbang), Miri (Marudi), Sri Aman (Sri Aman dan Lubok Antu), Betong (Betong), Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau) dan Kapit (Song).

Di Sabah, amaran membabitkan kawasan Pedalaman iaitu Pensiangan, Sipitang, Tenom dan Tambunan; Tawau meliputi Kalabakan dan Lahad Datu; Sandakan melibatkan Kinabatangan; serta seluruh Pantai Barat.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 4 petang.
  • Kawasan terlibat merangkumi enam negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya, termasuk seluruh Selangor.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti maklumat rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan