Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri, Dua Wilayah Hingga Petang Ini

Athirah
Hujan lebat kebanyakan negeri
Kredit: ImageFX

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri, Dua Wilayah Hingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri dan 2 Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Pulau Pinang seperti Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Amaran berkenaan turut melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar di Perak.

Hujan lebat diramal badai 12 Negeri, 2 Wilayah Persekutuan

Bagi Kelantan, kawasan yang terlibat adalah Gua Musang, manakala amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Beralih ke Johor, ia melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kawasan Limbang di Sarawak, manakala cuaca buruk dijangka melanda sekitar daerah Pedalaman (Nabawan dan Keningau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Kudat (Pitas) di Sabah.

METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.