Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Malam Ini

Iqbal Yasir
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

Sementara seluruh kawasan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang juga dijangka hujan lebat hingga malam ini.

“Di Perak, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang. Manakala di Kelantan pula melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Di Terengganu, kawasan yang terlibat adalah Besut, Dungun dan Kemaman, selain di Pahang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Bagi Selangor, hanya daerah Hulu Langat sahaja diramal hujan. Manakala beberapa kawasan di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol dijangka hujan.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Sandakan (Tongod),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Malaysia Larang Penjualan Produk “Hong Thai Inhaler” – KKM