Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hujan lebat negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

Azizah Najib

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di kebanyakan kawasan di seluruh negara. Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut dibuat berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Keadaan cuaca itu dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.

BACA: Ribut Di LTAL, Rakaman Kapal Terbang ‘Mengiring’ Sebelum Mendarat Raih Perhatian

Menerusi amaran tersebut, ribut petir dijangka berlaku di seluruh negeri Pulau Pinang, Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Manakala di Kedah, hanya melibatkan daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Di Perak, hanya daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar juga dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat.

Di sebelah pantai timur, ribut petir di Terengganu hanya melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Manakala Pahang hanya melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong dan Rompin.

Amaran ini turut terpakai bagi warga daerah Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.

BACA: Ribut Landa KL, Pokok Tumbang Di UM & Bumbung Pangsapuri Diterbangkan Angin

Dalam masa yang sama, warga di daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan turut dinasihatkan untuk berjaga-jaga. Begitu juga daerah Segamat dan Mersing di Johor.

MetMalaysia juga menjangkakan daerah Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud iaitu di Pantai Barat Sabah.

Ribut dan hujan lebat juga dijangka berlaku di Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Sibu), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Bintulu) bagi Sarawak.

Sumber: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) via Facebook