Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hujan Lebat, Ribut Petir Di 4 Negeri Petang Ini

Sofea
hujan lebat ribut petir
Kredit: Image FX

Hujan Lebat, Ribut Petir Di 4 Negeri Petang Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan melanda empat negeri sehingga jam 4 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca itu akan melanda seluruh negeri Perlis dan Kedah.

Bagi negeri Pulau Pinang, hujan lebat dijangka akan melanda daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Manakala di Perak pula melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak berada di kawasan yang berisiko.

BACA: MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Lekukan Tropika

Terdahulu, MetMalaysia juga telah mengeluarkan nasihat berkaitan ribut Lekukan Tropika (KALMAEGI) yang dikesan pada 8 pagi ini di latitut 14.0 utara dan longitud 105.0 timur kira-kira 121 kilometer (km) ke arah barat laut Stung Treng, Kemboja.

Memetik laporan Bernama, Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ribut itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 35 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 62 km/j.

Jarak KALMAEGI dari bandar terdekat adalah kira-kira 920 km ke timur laut Tumpat, Kelantan.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia