Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Landa 7 Negeri & 1 Wilayah 

Athirah
Ribut Petir Landa 7 Negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Landa 7 Negeri & 1 Wilayah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh buah negeri dan satu Wilayah sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Kelantan, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Kedah seperti Sik, Baling dan Kulim. Bagi Perak, kawasan yang terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

7 negeri & 1 Wilayah bakal dilanda hujan lebat

Di Sarawak, antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Kapit (Belaga), Miri dan Limbang.

Selain itu, amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) di Sabah.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

BACA: Amira Othman Adakan Majlis Khatam Al-Quran Sebelum Sah Bergelar Isteri Fattah Amin

BACA: Pawagam Di Indonesia Tayang Video Prabowo Sebelum Filem Bermula

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook