Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 4.55 petang tadi mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri di Malaysia hingga jam 8 malam ini.
Menurut makluman terkini di laman web rasmi MetMalaysia, antara kawasan yang terjejas termasuk kawasan Pantai Timur Semenanjung dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.
Antara lokaliti yang terlibat di Semenanjung Malaysia termasuk jajahan Jeli dan Kuala Krai di Kelantan; Dungun dan Kemaman (Terengganu); daerah Kuantan, Pahang; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor).
Sementara kawasan yang dikeluarkan amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak adalah:
Sabah – Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Tawau), Kudat (Kota Marudu)
Sarawak – Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sri Aman dan Betong (Betong)
Oleh itu, pengguna jalan raya di kawasan tersenarai dinasihatkan untuk berhati-hati ketika mengendalikan kenderaan dalam keadaan cuaca seperti ini. Penduduk setempat juga diharap sentiasa waspada akan keadaan sekeliling dan terus peka dengan maklumat terkini di kawasan masing-masing.
Sumber: MetMalaysia