Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Landa Beberapa Kawasan Di Hampir Setiap Negeri Sehingga 9 Malam Ini

Faiz Mustafa
Gambar: Google

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah persekutuan yang bakal melanda hari ini.

Antara negeri yang terlibat di Semenanjung sehingga 9.00 malam hari ini adalah Kedah (Bandar Baharu), Pulai Pinang (Barat Daya dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, dan Pekan).

Manakala di kawasan selatan pula negeri yang terlibat adalah Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol), Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Seterusnya, kawasan yang akan dilanda ribut petir dan hujan lebat di Sarawak pula adalah Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei) dan Mukah (Tanjung Manis). Sabah pula di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

Sumber: MET Malaysia