Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hutan FRIM Bidor Terbakar, Pemadaman Disambung Pagi Ini

Hutan FRIM Bidor Terbakar
Kredit: JBPM Perak Via Bernama

IPOH, 8 Sept (Bernama) -- Kawasan hutan seluas 2.42 hektar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Bidor terbakar dalam kejadian petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada 5.42 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran sepanjang 213.3 meter dengan dua pancutan dan pam angkut bersumberkan air dari kolam berdekatan.

“Kebakaran telah berjaya dikawal dan hanya berbaki 15 peratus daripada keluasan kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi ditangguhkan pada 12 tengah malam tadi atas faktor keselamatan dan keadaan kebakaran yang tidak akan merebak.

Operasi pemadaman disambung semula pagi ini.

Intipati
  • Kawasan hutan seluas 2.42 hektar di FRIM Bidor terbakar petang semalam.
  • Bomba menggunakan dua pancutan dan pam angkut dengan sumber air kolam berdekatan.
  • Operasi ditangguhkan tengah malam atas faktor keselamatan dan disambung semula pagi ini.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan