Pengeluaran i-Sinar merupakan topik hangat yang sering menjadi topik perbualan ramai pihak. Apa tidaknya, ada yang mengatakan bahawa pengeluaran i-Sinar ini merupakan ‘nafas’ baharu buat mereka meneruskan kehidupan ketika pandemik ini.
Sehingga kini, telah ramai ahli yang telah menikmati faedah pengeluaran i-Sinar dengan pelbagai perbelanjaan yang dibuat. Namun, bagaimana pula bagi ahli yang belum pernah buat Pengeluaran i-Sinar?
Sebenarnya permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021. Permohonan tersebut juga hanya boleh dibuat menerusi dalam talian sahaja.
Sumber: KWSPMalaysia
