Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ibu Dijangkiti Wabak COVID-19 Semasa Mengandung, Selamat Melahirkan Seorang Bayi Dengan Antibodi COVID-19

Gambar via Google

Seorang bayi telah berjaya dilahirkan pada bulan November tanpa dijangkiti COVID-19 malah dilahirkan dengan antibody yang melawan wabak tersebut.

Menurut laporan, kemungkinan besar ibu bayi tersebut telah menyebarkan antibodi kepada bayinya. Dan di sini muncul persoalan, adakah wabak COVID-19 boleh diturunkan dari ibu ke anak.

Wanita yang bernama Celin Ng Chan, 31 berkata, doktor mengesyaki bahawa dirinya telah memindahkan antibodi COVID-19 kepada bayinya semasa kehamilan. Kejadian ini jarang berlaku sepanjang wabak pandemik berlangsung.

Bahkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka belum menemui sama ada seorang wanita mengandung dengan COVID-19 boleh menyebarkan virus itu kepada janin atau bayi di dalam kandungan.

Lebih-lebih lagi, bukti yang ada mengatakan sama ada bayi yang baru lahir menangkap Covid-19 dari ibunya tidak dipengaruhi oleh kaedah melahirkan bayi, diberi susu ibu atau diberi susu botol, atau jika ibu dan bayi tinggal di bilik yang sama setelah proses kelahiran .

Sumber: Mothership