Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ibu Minum Teh, Saya Hisap…”, Kecoh Di Media Sosial, Budak Dakwa Masih Ingat Peristiwa Dalam Kandungan

Satu video yang dimuat naik di laman Instagram telah menimbulkan kekecohan apabila seorang kanak-kanak perempuan mendakwa masih mengingati peristiwa yang berlaku ketika dia masih berada dalam kandungan ibunya.

Kanak-kanak berkenaan sebelum itu dilihat sedang berbual dengan ibunya sebelum diajukan satu persoalan.

”Dulu dalam perut mak macam mana adik, ingat tak?”, soal ibunya.

Jawapannya kemudian pantas mencuri perhatian warga maya apabila dia memberitahu bahawa dia mengingati apa yang dimakan oleh ibunya ketika dia masih berada dalam kandungan wanita berkenaan.

”Ibu minum teh ais, aku hisap, ibu makan makanan ringan juga aku hisap,” jawabnya.

Selain itu, dia juga memberitahu bahawa dia mengingati ibunya turut pernah makan makanan seperti ais krim, lolipop, susu dan lain-lain lagi.

Dia kemudian turut berkongsi bahawa ketika dia berada di dalam kandungan, suasananya gelap sekali sambil memperagakan posisinya ketika di dalam perut si ibu.

Bagaimanapun, jawapan kanak-kanak berkenaan turut mendapat komen lucu daripada netizen.

”Dia manusia pertama dapat makanan dari ibu melalui mulut, kanak-kanak lain melalui placenta,” salah satu komen yang ditinggalkan.

Sumber: Suara.com