Ibu Ni Tak Sengaja “Prank” Doktor Lepas Bersalin Anak Sulung
Setiap wanita yang bergelar ibu pasti menyimpan satu pengalaman yang sukar dilupakan, iaitu saat melahirkan cahaya mata.
Lebih-lebih lagi bila anak pertama, pertama kali masuk dewan bersalin, pertama kali rasa kontraksi dan pertama kali dengar tangisan bayi sendiri.
Dalam debaran, sakit, letih dan emosi bercampur-baur, macam-macam perkara boleh berlaku. Ada kalanya, tanpa sengaja, tercetus pula detik yang akan dikenang sampai bila-bila.
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita ini, apabila perkongsiannya tentang pengalaman bersalin anak sulung tular dan mencuit hati ramai netizen.
“Tak nampak doktor…”
Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita ini berkongsi detik sebaik sahaja dia selamat melahirkan anak pertamanya.
Seperti kebiasaan, doktor mengangkat bayi dan menunjukkan kepada si ibu, sambil bertanya jantina bayi tersebut. Namun, jawapan si ibu benar-benar membuatkan doktor terkejut.
Saya masa bersalin anak sulung.
Dah selamat bersalin doktor tunjuk baby. Suruh sebut gender baby.
Dr: Tengok ni Puan, Puan dapat anak apa?
Me: Tak nampak doktor.
Dr: Eh, Puan kenapa tak nampak?! Puan okay tak?!
Me: Spek mata saya mana doktor?
Dr: Ya Allah, mana spek dia? Bagi cepat. Risau dah saya, ingatkan kenapa tak nampak.
Tanpa disangka, situasi itu membuatkan doktor terus cemas, menyangka ada sesuatu yang tidak kena dengan penglihatan si ibu.
Wanita itu kemudian menjelaskan, sebenarnya dia rabun teruk dan spek terpaksa ditanggalkan lebih awal atas arahan doktor ketika proses bersalin.
“Rabun tahap hampir buta weh. Kena pula contraction jenis nak gila. Memang doktor suruh cabut spek awal-awal,” tulisnya.
Rupanya ibu-ibu lain pun alami ‘masalah’ sama
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terutamanya ibu-ibu yang memakai spek, terus “relate” dengan pengalaman tersebut.
“Hanya yang pakai spek akan memahami anxiety bila spek jauh atau orang lain pegangkan. Jenuh weh nak kecil-kecilkan mata tengok jantina anak tu…”
“Ya, kita pun buka spek masa nak teran, risau patah. Pastu doktor tanya anak awak lelaki ke perempuan, saya jawab je perempuan sebab masa scan dah tahu perempuan walaupun aku tak nampak pun dia tunjuk apa…”
“Saya (waktu bersalin) anak sulung, doktor suruh tengok, tanya gender tapi saya dengar doktor tanya nama. Saya terus cakap nama anak…”
BACA: Akak Ni Tak Sengaja Bongkar ‘Penyakit’ Kaum Suami Se-Malaysia
Sumber: Threads @_yanarzk