Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

iCAUR Buka Pusat 3S Pertama Di Kota Kinabalu, Penuhi Permintaan Pasaran Malaysia Timur

3S

iCAUR Buka Pusat 3S Pertama Di Kota Kinabalu, Penuhi Permintaan Pasaran Malaysia Timur

iCAUR Malaysia terus memperluaskan kehadirannya di Malaysia Timur dengan pembukaan Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) pertamanya di Kota Kinabalu, Sabah, sekali gus memenuhi permintaan yang semakin meningkat serta memperkukuh sokongan kepada pelanggan di rantau ini.

Dikendalikan oleh Universal Icar Sdn Bhd, pusat 3S baharu ini menawarkan kemudahan kepada pelanggan di Malaysia Timur untuk mendapatkan kenderaan iCAUR, perkhidmatan selepas jualan, alat ganti tulen serta sokongan pemilikan yang menyeluruh di bawah satu bumbung.

Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Encik Francis Chin, berkata pembukaan pusat berkenaan merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha jenama itu memperkukuhkan rangkaian pengedarannya di seluruh negara.

"Pembukaan pusat 3S di Kota Kinabalu membawa pengalaman lengkap iCAUR lebih dekat kepada pelanggan di Sabah, sekali gus memastikan mereka menikmati tahap jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang setanding dengan pelanggan di Semenanjung Malaysia. Ketika ini, kami mempunyai 21 pusat jualan di seluruh negara dan menyasarkan untuk meningkatkan jumlah itu kepada 30 menjelang penghujung tahun 2026. Kami berkembang secara pesat tetapi strategik, dengan Sarawak dikenal pasti sebagai destinasi seterusnya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Malaysia Timur," katanya.

Dibina di atas keluasan 1,170 meter persegi, pusat 3S ini mampu mempamerkan sehingga empat buah kenderaan dan dilengkapi dengan tiga ruang servis khusus. Kemudahan lain termasuk ruang penyerahan kenderaan, dua ruang pengecasan EV persendirian, ruang istirahat pelanggan dengan Wi-Fi serta sajian ringan percuma, selain zon permainan interaktif.

Lebih daripada sebuah pusat jualan konvensional, fasiliti ini direka untuk mencerminkan semangat Born to Play iCAUR dengan menyediakan ruang yang selesa dan menarik untuk pelanggan mengenali jenama ini, menyelenggara atau mengecas kenderaan mereka, di samping menikmati gaya hidup yang dibawakan oleh iCAUR.

Perluasan ke Sabah turut mencerminkan sambutan positif terhadap barisan SUV iCAUR yang lasak tetapi bergaya, khususnya dalam kalangan pemandu yang menghargai keunikan, kepelbagaian fungsi serta semangat pengembaraan. Reka bentuk Boxy Retro Classic yang menjadi identiti iCAUR menggabungkan praktikaliti penggunaan harian dengan karakter yang berani dan menyerlah.

Naib presiden Universal Icar Sdn Bhd, Encik Clinton Chok Jin Qin, berkata pihaknya berbangga dapat membawa pusat jualan dan selepas jualan lengkap pertama iCAUR ke Sabah.

"Barisan SUV iCAUR amat sesuai dengan gaya hidup masyarakat Sabah kerana menggabungkan karakter tersendiri, versatiliti serta teknologi kenderaan elektrik moden. Keutamaan kami adalah untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lengkap kepada pelanggan tempatan, disokong oleh perkhidmatan profesional, kemudahan pengecasan dan fasiliti yang menjadikan setiap kunjungan lebih selesa serta menyerlahkan identiti iCAUR," katanya.

Pembukaan pusat 3S di Kota Kinabalu ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan iCAUR Malaysia untuk membangunkan rangkaian jualan dan selepas jualan yang kukuh di seluruh negara, sekali gus memastikan pemilik menikmati akses yang lebih mudah kepada kenderaan, perkhidmatan penyelenggaraan berkualiti serta sokongan pemilikan yang diyakini untuk jangka panjang.

Pusat 3S iCAUR yang dikendalikan oleh Universal Icar Sdn Bhd beroperasi di lokasi berikut mengikut waktu operasi seperti di bawah:

Alamat: 

CL015493615 Jalan Limau Manis, Off, Jln Lintas, Taman Iramanis, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Kota Kinabalu

Pusat Jualan Beroperasi:

Isnin-Jumaat: 8.30am–6.00pm

Sabtu: 8.30am–4.00pm

Ahad dan cuti umum: 10.00am–3.00pm

Pusat Servis Beroperasi:

Isnin-Jumaat: 8.00am–5.00pm

Sabtu: 8.00am–3.00pm

Ahad dan cuti umum: Tutup

Intipati
  • iCAUR membuka pusat 3S pertamanya di Kota Kinabalu untuk pelanggan Malaysia Timur.
  • Pusat dikendalikan Universal Icar Sdn Bhd dan menawarkan jualan, servis serta alat ganti.
  • iCAUR menyasarkan 30 pusat jualan seluruh negara menjelang penghujung tahun 2026.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan