Pengeluar kenderaan iCAUR bakal memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharunya, iCAUR V25, pada 19 Oktober ini sempena Sidang Kemuncak Pengguna Antarabangsa iCAUR 2026 yang berlangsung di Wuhu, China.
Menurut kenyataan syarikat itu, model berkenaan akan membuat penampilan sulung global bersama dua model lain dalam siri V, iaitu iCAUR V23 dan V27, sekali gus memperluas barisan kenderaan jenama tersebut.
iCAUR V25 mengekalkan identiti rekaan berkotak yang menjadi ciri utama jenama itu, selain menggabungkan pendekatan reka bentuk dikenali sebagai Future-Classic.
Model berkenaan menampilkan nisbah badan hampir 1:1, lampu hadapan berbentuk bulat serta profil tayar yang lebih lebar bagi menghasilkan penampilan tegap dan tersendiri.
Menurut iCAUR, pendekatan Future-Classic menggabungkan elemen rekaan klasik dengan ciri moden bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup pengguna masa kini.
Dari segi rangkaian kuasa, iCAUR V25 akan menawarkan dua pilihan, iaitu kenderaan elektrik dengan pemanjang jarak (REEV) dan kenderaan elektrik bateri sepenuhnya (BEV).
Pilihan REEV menerusi teknologi Golden REEV menggabungkan penggunaan bahan api dan tenaga elektrik bagi menawarkan fleksibiliti untuk perjalanan harian serta perjalanan jarak jauh.
Sementara itu, pilihan BEV disediakan bagi pengguna yang mahukan kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya.
Model tersebut turut dilengkapi sistem pacuan semua roda elektrik pintar, i-AWD (Intelligent Electric All-Wheel-Drive), yang direka untuk mengendalikan pelbagai keadaan jalan raya, termasuk pemanduan di kawasan bandar dan aktiviti penerokaan luar.
Selain itu, iCAUR V25 menyediakan ruang kabin yang luas dan fleksibel, dengan reka bentuk yang membolehkan pengguna menyesuaikan penggunaan kenderaan mengikut keperluan masing-masing.
Syarikat itu memaklumkan model berkenaan turut menawarkan antara muka ekosistem terbuka serta ruang pengubahsuaian yang membolehkan kenderaan disesuaikan untuk pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, berbasikal, penerok

