Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

I’m donut? Jenama Viral Jepun Buka Cawangan Pertama Di Asia Tenggara Di TRX

Jenama donut popular dari Jepun, I’m donut?, kini rasmi membuka cawangan pertamanya di Asia Tenggara di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Dibuka kepada orang ramai mulai 12 September, I’m donut? menawarkan nama donut yang terkenal dengan teksturnya yang sangat lembut dan ringan, selain lebih 30 pilihan perisa untuk dinikmati pelanggan.

Antara pilihan yang ditawarkan termasuk I’m donut? Original, Nama French Cruller, Pistachio Cream, Cacao dan Custard.

Lebih menarik, cawangan Kuala Lumpur turut menampilkan beberapa perisa eksklusif Malaysia yang dihasilkan khas mengikut cita rasa tempatan.

Antaranya termasuk Cham, Hojicha Kaya Jam, Milo Glazed, Masala Chicken, Banana Fritter Caramel dan Pandan Coconut Cream.

Gambar Penuh

Diasaskan oleh Chef Ryouta Hirako, I’m donut? terkenal dengan pendekatannya dalam menghasilkan donut yang berbeza daripada kebiasaan, khususnya menerusi tekstur lembut serta gabungan perisa yang unik.

Bagi yang ingin mencuba, I’m donut? Kuala Lumpur dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam di GS.05.0, The Exchange TRX.

Jadi, kalau diberi peluang, perisa mana satu yang paling korang nak cuba dulu?