Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit BERNAMA

Impian PM Anwar Lawat Bumi Palestin Yang Bebas

Syed Faisal Sayed Muhammad

Impian PM Anwar lawat bumi Palestin yang bebas

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan impiannya untuk melawat sebuah negara Palestin yang bebas.

Hasrat itu dikongsi oleh Anwar apabila dijemput sendiri oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melalui panggilan telefon bersama presiden itu yang menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Sudah pasti, saya menantikannya. Saya tidak pernah ke sana dan menjadi impian saya untuk ke sana dan khususnya ke negara Palestin yang bebas…insya-Allah,” katanya.

Video perbualan mereka dikongsikan di Facebooknya hari ini.

Dalam perbualan itu, Mahmoud, yang mempelawa Anwar melawat Palestin pada bila-bila masa, berkata negara itu berbesar hati untuk menerima kunjungan Perdana Menteri ke bumi mereka.

Semasa perbualan selama enam minit itu, Mahmoud turut menyatakan penghargaannya terhadap sokongan Anwar terhadap rakyat Palestin.

“Saya berterima kasih kepada pendirian anda dalam isu isu Palestin dan anda memberi sokongan kepada Palestin di mana saja khusus dalam komuniti antarabangsa. Kami mengagumi bantuan, pendidikan dan latihan daripada anda, “ kata Mahmoud.

Anwar dalam perbualan tersebut berkata Malaysia akan kekal teguh dalam perjuangan untuk menamatkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin dan mengembalikan keamanan, kebebasan dan kemerdekaan Palestin.

Mahmoud berkata Palestin akan membuka semua pintu kerjasama perdagangan dan hubungan ekonomi dengan Malaysia.

Sementara itu, dalam catatan Facebooknya, Perdana Menteri berkata dalam perbualan telefon itu beliau dan Mahmoud mengulangi kesediaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin di dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan, hubungan sesama rakyat serta pendidikan.

“Saya juga menzahirkan simpati atas nasib yang menimpa rakyat Palestin dan menegaskan komitmen serta solidariti berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel,” katanya.

Sumber: BERNAMA