Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

India Tarik Diri Sertai Latihan Pesawat Multinasional Di UK

Gambar: Business Insider

NEW DELHI, 26 Feb (Bernama) — Tentera Udara India (IAF) berkata pihaknya tidak akan menghantar jetnya untuk menyertai latihan multinasional di Britain bulan depan.

“Berikutan peristiwa baru-baru ini, IAF memutuskan untuk tidak menggunakan pesawatnya untuk Exercise Cobra Warrior 2022 di United Kingdom (UK),” ciap Tentera Udara India di akaun Twitter pada Sabtu, tanpa menyatakan sebabnya.

Menurut kenyataan media sebelum ini, lima pesawat tempur ringan (LCA), Tejas buatan tempatan akan menyertai latihan berkenaan pada 6 hingga 27 Mac.

Latihan melibatkan tentera udara terkemuka itu, disifatkan IAF sebagai platform untuk Tejas mempamerkan keupayaannya.

Sumber: Bernama