Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Indian Idol Cetus Fenomena, Buat Netizen Malaysia, Indonesia ‘Berkampung’ Di TikTok
Siapa di sini peminat muzik-muzik hindustan dan filem Bollywood? Tentu ramai di antara kita yang gemar mendengar dan menonton filem dari negara India ini.
Lebih-lebih, kebanyakan lagu yang dihasilkan di dalam filemnya cukup mengasyikkan di samping memaparkan budaya, tradisi masyarakat di sana kepada khalayak dunia.
Baru-baru ini, rancangan realiti nyanyian popular dari India iaitu Indian Idol musim ke-16 mula mendapat perhatian meluas dalam kalangan netizen Malaysia.
Klip rancangan itu dikongsi semula oleh beberapa pengguna di TikTok dan menjadi tular selepas kerap muncul di ruangan For You Page (FYP) pengguna akaun tempatan.
Lebih-lebih lagi, rancangan tersebut turut menampilkan penyanyi asal lagu ikonik Koi Mil Gaya iaitu Udit Narayan dan Alka Yagnik.
Pada masa yang sama, peserta Indian Idol musim ke-16 turut mencuri perhatian apabila menampilkan persembahan dengan vokal yang cukup memukau penonton.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok, @indian.idol.16, memaparkan bukan sahaja mendapat sambutan hangat daripada penonton Malaysia, malah warga maya Indonesia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi dengan kebanyakannya teruja menonton rancangan realiti televisyen dari India berkenaan.
Ia juga turut mencetuskan komen bersahaja, termasuk gurauan seakan-akan ruangan tersebut menjadi tempat berkumpulnya pengguna tempatan.
“Eh penat la dari selangor ulang alik India. Ada peneman tak?” komen seorang warga maya.
“Ah sudah, dekat 4 pagi aku masih tersesat kat sini,” komen seorang lagi warga maya.
“Gemersik wei…mana geng Malaysia? Ke aku je yang layan,” komen seorang pengguna.
“Malaysia dah catat kedatangan belum. Saya dah sampai ni,” seloroh seorang lagi.
Untuk makluman, video berkenaan mendapat lebih 3.5 juta tontonan dengan lebih 200,000 tanda suka dengan pelbagai komen daripada pengguna.
Sumber: