Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Individu Dakwa Lihat Entiti Berpakaian Serba Putih Main Buaian Pukul 3 Pagi

Athirah
Kredit: @as_bidadari
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Individu Dakwa Lihat Entiti Berpakaian Serba Putih Main Buaian Pukul 3 Pagi

Secara umum, dunia ini bukan hanya didiami oleh manusia dan hidupan bernyawa yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja.

Hakikatnya ia turut ‘dihuni’ oleh makhluk-makhluk lain yang terhijab daripada pandangan mata kita.

Makhluk ini pula hanya terlihat dalam keadaan tertentu dan apabila itu berlaku, sudah tentu seram sejuk dibuatnya, kan?

Antara tempat yang sering dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus ialah kawasan sunyi, bangunan lama dan hutan.

Namun, ramai tidak menyedari bahawa taman permainan bukan sahaja menjadi tumpuan kanak-kanak pada waktu siang, malah turut menjadi lokasi pilihan “mereka” yang lain.

Entiti berpakaian serba putih dilihat sedang bermain buaian

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan penampakan makhluk halus berpakaian serba putih yang didakwa sedang bermain buaian di sebuah taman permainan kira-kira jam 3 pagi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @as_bidadari di TikTok, wanita tersebut yang ketika itu berada di dalam kereta sempat merakam kejadian aneh itu, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya.

Turut kelihatan makhluk halus itu menghayunkan buaian dengan perlahan, sekali gus menimbulkan rasa takut dan meremangkan bulu roma sesiapa yang menontonnya.

@as_bidadari menjelaskan bahawa dia baru pulang dari kampung, dan tidak menyangka akan terserempak dengan kejadian aneh pada waktu itu.

“Jangan lah muncul jam 3 pagi… nak turun kereta macam mana ni,” ujarnya ruangan kapsyen.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok turut berasa seram dan memberi nasihat kepada kepada @as_bidadari untuk lebih berhati-hati selepas ini.

Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika berhadapan benda-benda ‘ghaib’ sebelum ini.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak percaya dengan perkongsian tersebut dan menganggap ia hanya untuk tujuan kandungan semata-mata.

BACA: Wanita Minta Sunting Gambar Bersama Arwah Anak, Hasilnya Buat Netizen Sebak
BACA: Suami Isteri Terkejut Lihat Wang Dalam Tabung Untuk Tunai Haji Selepas Dilanda Banjir Lumpur
BACA: “Tak Pernah Rasa Bosan,” Lelaki Indonesia Akui Sering Ke Malaysia Sebab Perkara ‘Ini’

Sumber: @as_bidadari via TikTok