Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Indonesia Merdeka 12 Tahun Lebih Dulu Tapi..", Pemuda Indonesia Kongsi 5 Hal Yang Buatnya 'Tabik' Malaysia

indonesia merdeka
Kredit: TikTok @azainuddin21

Bila sebut tentang kemerdekaan, setiap negara mempunyai kisah bagaimana sesebuah kemerdekaan itu dicapai dan pembentukan negara itu berlaku.

Ada yang terpaksa mengharungi melalui peperangan, pertumpahan darah, perjuangan. Ada juga negara yang meraih kemerdekaan melalui rundingan atau perubahan dasar politik.

Dengan kemerdekaan, barulah sesebuah negara atau wilayah itu dapat dibangunkan di bawah satu pentadbiran atau kerajaan.

Oleh itu, tarikh dan cara sesebuah negara memperingati hari kebangsaan juga berbeza.

Di Malaysia, tanggal 31 Ogos 1957 menjadi tarikh keramat untuk seluruh rakyatnya apabila setelah mencapai kemerdekaan.

Kini, Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 kira-kira dua minggu lagi. Pelbagai kemudahan dan kejayaan telah dikecapi serta dinikmati oleh rakyat.

Malah,Jalur Gemilang menjadi simbolik kepada seluruh rakyat bernaung di bawah satu panji.

Indonesia Merdeka Lagi Awal, Tapi 5 Hal Ini Yang Malaysia Lebih 'Kedepan' 

Baru-baru ini, tular satu video oleh seorang pengguna TikTok @azainuddin21 berkongsi mengenai Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke-81 yang disambut pada 17 Ogos 2026 lalu.

Dalam klip berkenaan, dia memberikan pandangan peribadi tentang beberapa perkara mengenai kemerdekaan negaranya dan Malaysia.

“Indonesia merdeka 12 tahun lebih dulu, tapi setelah tinggal di Malaysia, ada beberapa hal yang buat aku cukup impressed,” katanya.

1. Kadar Pertukaran Mata Wang

Seperti umum ketahui, nilai pertukaran mata wang sentiasa berubah-berubah. Namun satu benda yang disedarinya adalah kadar ringgit berbanding rupiah mempengaruhi kuasa beli ketika menghantar wang pulang, berbelanja dan membeli barangan import. 

Perbandingan kadar mata wang ini menjadi faktor penting dalam menilai kos sara hidup dan merancang kewangan bagi ekspatriat.

2. Pasport

Selain itu, dia menyedari Malaysia mempunyai pasport sebagai salah satu yang paling berkuasa di dunia dengan akses ke pelbagai negara. Perkara inilah yang menjadikan prosedur perjalanan dan perkhidmatan imigresen, malah di Malaysia sendiri lebih efisien. 

Ia sekali gus membuatkannya terasa lebih kagum malah memberikan keselesaan ketika melakukan perjalanan serta urusan pasport khususnya untuk penduduk tempatan.

3. Pendapatan Per Kapita

Perkara ketiga yang membuatkan lelaki asal Indonesia itu kagum mengenai Malaysia adalah pendapatan per kapita negara.

Secara umum, pendapatan per kapita di Malaysia dilihat lebih tinggi berbanding Indonesia. Keadaan ini mempengaruhi taraf hidup, perbelanjaan serta kemampuan untuk menyimpan.

Perbezaan ini juga dapat dilihat dalam sektor pekerjaan tertentu dan peluang ekonomi.

4. Ulat Parkir dan Trafik 

Baginya, salah satu hal kecil yang mungkin bagi rakyat Malaysia namun besar di Indonesia adalah masalah parkir haram (ulat parkir) lebih terkawal berbanding sesetengah kawasan di negaranya.

Secara tidak langsung, suasana inilah yang mempengaruhi keselesaan bandar dan akses kepada kemudahan awam. 

5. Cukai dan Hasil

Berdasarkan pemerhatiannya, sistem percukaian di Malaysia lebih menghasilkan perkhidmatan atau infrastruktur yang manfaatnya dapat dilihat dan dinikmati oleh rakyatnya.

Impaknya jelas dengan perbezaan dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan cukai yang memberi kesan terhadap kebersihan, kemudahan awam serta perkhidmatan lain.

Bagaimanapun, pemuda berkenaan juga tidak menafikan, bukan bererti Malaysia lebih baik dalam segala hal.

Namun, setiap negara mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

Intipati
  • Pengguna TikTok Indonesia berkongsi lima perkara yang membuatkannya kagum terhadap Malaysia.
  • Antara aspek disebut ialah mata wang, pasport, pendapatan per kapita dan pengurusan parkir.
  • Dia turut menegaskan setiap negara mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan