Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ini 6 Kereta Elektrik Bajet Bawah RM150K Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2025
Dalam era teknologi hijau dan kebimbangan terhadap harga minyak yang semakin melambung dari tahun ke tahun, semakin ramai rakyat Malaysia mula membuka mata dan menimbang semula keperluan memiliki kenderaan yang lebih lestari serta mesra alam.
Kereta elektrik, yang dahulunya hanya dilihat sebagai ‘mainan’ golongan berpoket tebal atau simbol status golongan berada, kini mula mendekati khalayak lebih luas dengan tawaran harga yang semakin mampu milik.
Tambahan pula, pelbagai insentif cukai dan pengecualian duti import yang ditawarkan menjadikan kos memiliki EV lebih berbaloi.
Sokongan infrastruktur pengecasan yang semakin baik juga mendorong lebih ramai berani mengambil langkah pertama untuk beralih daripada kereta petrol ke EV sepenuhnya.
Kalau anda sedang berkira-kira untuk ‘beralih angin’ dan mahu mencuba sendiri pengalaman memandu kereta elektrik, kini masanya semakin sesuai. Anda tidak lagi perlu risau tentang kos melampau yang sering dikaitkan dengan EV.
Berikut adalah beberapa pilihan menarik kereta elektrik yang boleh anda pertimbangkan sebagai permulaan pada tahun 2025.
Semuanya ditawarkan di bawah RM150K tetapi tetap bergaya, praktikal dan menjimatkan dalam jangka masa panjang.
Antara nama yang semakin meniti di bibir pembeli EV Malaysia ialah Neta V. Kereta kompak buatan China ini menjadi bualan kerana harga atas jalannya yang sangat berpatutan.
Bermula sekitar RM100,000 sahaja. Dengan reka bentuk moden dan futuristik, Neta V menawarkan jarak pemanduan sekitar 380km sekali cas penuh cukup sesuai untuk pemanduan bandar harian.
Malah ruang dalaman yang ringkas tetapi praktikal menjadikannya pilihan terbaik buat mereka yang baru mahu ‘berkenalan’ dengan kereta elektrik.
Walaupun harganya rendah, aspek keselamatan dan kualiti binaannya tetap memuaskan untuk kelasnya. Tidak hairanlah model ini semakin kerap kelihatan di jalan raya bandar-bandar utama.
Ini Senarai 6 Kereta Elektrik Bajet di Bawah RM150K Yang Berbaloi Untuk Anda Miliki
2. BYD Dolphin
BYD, jenama gergasi dari China turut memperkenalkan model Dolphin yang semakin popular dalam kalangan pembeli muda.
Dengan harga sekitar RM125,000, model hatchback ini tampil dengan reka bentuk comel tetapi bergaya. Bukan itu sahaja, Dolphin menawarkan jarak pemanduan lebih 400km sekali cas iaitu satu angka yang cukup meyakinkan untuk perjalanan jarak sederhana.
Keistimewaan lain termasuk sistem infotainmen pintar dan teknologi bantuan pemanduan yang jarang ada pada kereta dalam kategori harga yang sama. Rekaan kabinnya juga ergonomik dan mesra pengguna sesuai untuk keluarga kecil atau anak muda. BYD Dolphin juga semakin digemari kerana kos penyelenggaraannya yang rendah.
BACA : Skim ToU TNB: Peluang Bijak Untuk Jimat Bil Elektrik
Kalau anda mencari kereta elektrik dengan sentuhan gaya retro tetapi sarat teknologi moden, Ora Good Cat keluaran Great Wall Motors mungkin patut masuk dalam senarai. Harga atas jalan model ini dianggarkan di bawah RM150,000 untuk varian asas menjadikannya masih dalam bajet ramai rakyat Malaysia.
Good Cat bukan sahaja tampil dengan rekabentuk yang ‘instagrammable’ malah hadir dengan ciri keselamatan yang lengkap serta jarak pemanduan lebih 400km.
Ianya cukup sesuai untuk ke tempat kerja atau pulang ke kampung. Bahagian dalaman Good Cat direka kemas dengan kemasan moden yang memberi rasa premium.
Ia juga sering menjadi perhatian golongan muda kerana warnanya yang unik dan menonjol di jalan raya.
4. BYD Atto 3
Bukan setakat Dolphin, BYD turut menawarkan Atto 3 iaitu sebuah SUV elektrik kompak yang semakin popular di pasaran Malaysia.
Dengan harga bermula sekitar RM149,800 untuk varian asas, Atto 3 masih ‘lolos’ di bawah bajet RM150,000. Apa yang menarik, Atto 3 menawarkan ciri premium dalam pakej harga mampu milik.
Ini termasuk jarak pemanduan sekitar 410km, ruang kabin yang lapang, rekaan dalaman futuristik serta teknologi keselamatan canggih.
Ruang bagasi yang luas juga menjadikannya praktikal untuk perjalanan jauh bersama keluarga. Atto 3 turut dilengkapi sokongan pengecasan pantas yang memudahkan pengguna mengecas di mana-mana sahaja.
Tidak mahu ketinggalan dalam pasaran kereta elektrik bajet, Chery turut memperkenalkan EQ1. Model mini EV ini sesuai untuk mereka yang mahukan kereta kedua atau pemanduan jarak dekat.
Dengan harga yang dianggarkan sekitar RM90,000 hingga RM110,000, Chery EQ1 menawarkan reka bentuk ‘cute’ dan penjimatan kos operasi yang sangat ketara.
Walaupun jarak pemanduannya tidak sejauh model lain iaitu sekitar 300km sekali cas tetapi untuk kegunaan dalam bandar, ia memang berbaloi.
Saiznya yang kecil memudahkan parkir di kawasan sempit dan padat. EQ1 juga terkenal sebagai EV mesra pengguna yang mudah diselenggara dan senang dikendalikan.
6. Proton EMAS
Sebagai pengeluar tempatan, Proton tidak ketinggalan memperkenalkan model konsep EV mereka yang digelar Proton EMAS.
Walaupun masih dalam fasa penawaran awal Proton EMAS dijangka dilancarkan dalam versi komersial pada harga anggaran di bawah RM150,000 untuk menarik minat pembeli tempatan.
Reka bentuknya moden dengan sentuhan ‘compact city car’ yang sesuai untuk kegunaan urban.
Proton EMAS juga dijangka menawarkan teknologi penjimatan tenaga serta jarak pemanduan kompetitif sekitar 300 hingga 350km sekali cas.
Kehadiran Proton EMAS bukan sahaja memberi pilihan tempatan yang lebih mesra poket tetapi juga menaikkan semangat rakyat Malaysia untuk menyokong jenama tempatan dalam teknologi automotif hijau.
Sebagai kesimpulan, pasaran kereta elektrik di Malaysia semakin terbuka dan mesra pembeli dari pelbagai lapisan pendapatan.
Jika dulu memiliki EV ibarat mimpi indah yang hanya mampu dilihat dari jauh, kini semakin ramai mampu memilikinya tanpa perlu ‘menjual tanah pusaka’.
Dengan insentif cukai, pengecualian duti import dan sokongan infrastruktur pengecasan yang semakin berkembang, 2025 adalah masa terbaik untuk anda mempertimbangkan kereta elektrik di bawah RM150K.
BACA : Mesin Basuh Top Load vs Front Load – Mana Satu Sesuai