Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ini Faktor Individu Mengelamun Ketika Memandu, No.4 Ramai Biasa Buat Tanpa Sedar

Athirah
Mengelamun Ketika Memandu
Kredit: Image FX

Ini Faktor Individu Mengelamun Ketika Memandu, No.4 Ramai Biasa Buat Tanpa Sedar

Apabila bercakap tentang gangguan semasa memandu, ramai orang biasanya memikirkan perbuatan seperti menghantar mesej, menukar siaran radio, melihat peta lokasi, atau makan dan minum.

Semua tabiat ini boleh menjadi antara punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Namun begitu, terdapat satu lagi bentuk gangguan ketika memandu yang sering terlepas pandang dan mungkin tidak disedari ramai, iaitu mengelamun.

Justeru, SK kali ini akan bagaimana mengelamun boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Kenapa mengelamun tingkatkan risiko kemalangan?

Menurut The Virginia Beach Legal Examiner, mengelamun ketika memandu boleh menjejaskan tumpuan, memperlahankan masa tindak balas dan mengurangkan kesedaran terhadap persekitaran, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Mengelamun atau dikenali sebagai mind wandering merujuk kepada keadaan di mana individu terlalu asyik dengan fikiran dalaman, fantasi atau memori sehingga kurang menyedari persekitaran sekeliling.

Walaupun ia merupakan pengalaman biasa yang berlaku secara semula jadi dalam pelbagai situasi termasuk ketika melakukan tugas rutin atau ketika bosan, mengelamun sewaktu memandu boleh menimbulkan risiko keselamatan yang serius.

Menurut The Virginia Beach Legal Examiner lagi, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada mengelamun semasa memandu iaitu:

1. Keadaan pemanduan yang berulang

Perjalanan yang panjang dan berulang seperti memandu di lebuh raya atau laluan biasa boleh menyebabkan pemandu terhanyut dalam fikiran kerana kekurangan rangsangan baharu yang mengekalkan tumpuan.

2. Tekanan dan gangguan

Tekanan hidup, tekanan kerja atau kebimbangan peribadi boleh menyerap perhatian dan meningkatkan kemungkinan mengelamun semasa memandu.

3. Keletihan dan mengantuk

Kurang tidur atau rehat yang tidak mencukupi boleh menjejaskan fungsi kognitif dan memperburuk kecenderungan mengelamun kerana pemandu yang letih sukar mengekalkan fokus dan kewaspadaan.

4. Multitasking dan beban kognitif berlebihan

Melakukan aktiviti kedua semasa memandu seperti bercakap di telefon, menghantar mesej atau mendengar muzik, boleh membahagikan tumpuan dan meningkatkan kemungkinan fikiran ‘melayang’.

Kesan perbuatan ini terhadap keselamatan jalan raya

Pengurangan kesedaran situasi

Pemandu yang terlalu hanyut dalam fikiran mungkin gagal menyedari perubahan keadaan trafik, bahaya jalan atau risiko lain, seterusnya meningkatkan risiko kemalangan.

Masa tindak balas terganggu

Pemikiran yang mengembara boleh melambatkan keupayaan pemandu bertindak terhadap situasi kecemasan seperti membrek kenderaan berhenti atau mengelak pejalan kaki, yang boleh menyebabkan pelanggaran belakang atau kemalangan lain.

Butaan kognitif

Mengelamun boleh membuat pemandu tidak perasan perkara penting di sekeliling. Fenomena ini dipanggil inattentional blindness dan boleh meningkatkan risiko terlepas pandang bahaya atau halangan.

Hilang kawalan

Dalam kes melampau, episod mengelamun yang berpanjangan boleh menyebabkan kehilangan kawalan ke atas kenderaan, termasuk terkeluar dari lorong atau memasuki lorong bersebelahan.

BACA: Baru Tukar Bateri Tapi Lampu Masih Menyala, Ini 6 Punca Ramai Pemandu Terlepas Pandang

Sumber: The Virginia Beach Legal Examiner