Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ini Sebab Kenapa Kita Perlu Cakna Dengan Arahan Penyimpanan Produk, Tahan Lama Dan Tidak Rosak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Barang-barang keperluan seperti kicap, sos cili dan sebagainya adalah wajib ada pada setiap dapur rumah kita walaupun kita jarang menggunakannya. Ia adalah untuk memudahkan setiap suri rumah jika tiba-tiba diperlukan.

Namun, setiap kali beli barang-barang tersebut, pernah atau tidak kita menyemak setiap label yang ada pada bungkusan tersebut. Kebiasannya kita cakna soal tarikh luput saja, betul?

Menerusi akuan Facebook seorang ahli teknologi makanan, Sazly Tulih (gambar), beliau kongsikan sebab mengapa pentingnya baca arahan penyimpanan pada label sesuatu produk. Ikuti perkongsian yang telah kami sertakan di bawah.

Semoga bermanfaat.

Baca Label (Arahan Penyimpanan)

“Kenapa ya? Memang sudah lama guna jenama ni. First time kena macam ni. Kalau ikutkan tarikh luput lambat lagi. Dah guna sekali,hari ni nk masak kicap ikan. Sekali buka dah tumbuh kulat plak, nasib tak masak lagi. Sikit je nak share denga tuan puan hari ni.”

Begitulah sedikit luahan rasa Puan Y berkenaan sos tiramnya yang dah berkulat walaupun baru sekali guna dan tarikh luputnya lambat lagi nak expired.

Kalau kita perasan, ada penyataan “Arahan Penyimpanan” pada botol tersebut. Jadi ikut la arahan itu. Untuk pengetahuan semua, apa-apa makanan yang telah dibuka kotaknya, plastiknya, botolnya ataupun tinnya, Tarikh Akhir, Guna Sebelum, Makan Sebelum dan Baik Sebelum telah berubah dan bergantung kepada tempat simpanan kita.

Oleh kerana bungkusan makanan yang telah dibuka, keadaan makanan itu adalah berlaian daripada keadaannya yang asal. Banyak faktor yang menyumbangkan kepada kerosakan makanan kita yang perlu diambil kira antaranya adalah suhu yang telah berbeza, udara, kelembapan, masa dan kebersihan persekitaran yang menyumbangkan kehadiran makroorganisma seperti bakteria dan kulat.

Banyak kaedah penyimpanan yang dicadangkan bergantung kepada jenis dan sifat makanan tersebut antaranya

  • Simpan ditempat yang kering dan tidak terdedah kepada cahaya matahari

  • Selepas buka, simpan di dalam peti sejuk

  • Simpan di tempat yang kering

  • Simpan ditempat yang dingin

  • Simpan pada ruang sejuk beku kurang daripada -18°C

Sedikit tambahan, pada Peraturan 14(a), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dinyatakan

a. ”Tarikh akhir” berhubungan dengan sesuatu bungkusan makanan, ertinya tarikh selepas makanan itu, apabila disimpan mengikut apa-apa keadaan penstoran yang dinyatakan pada labelnya, tidak mungkin lagi mengekalkan ciri-ciri kualiti yang biasanya diharapkan oleh seseorang pengguna.

b. ”tarikh ketahanan minima” berhubungan dengan sesuatu bungkusan makanan, ertinya tarikh hingga mana makanan itu, apabila disimpan mengikut apa-apa keadaan penstoran yang dinyatakan pada labelnya, akan mengekalkan apa-apa kualiti tertentu yang diakui secara tersirat atau nyata.

Nasihat saya,

1. Baca arahan penyimpanan

2. Jangan menggunakan bekas makanan asal setelah dibuka seperti makanan dalam tin seperti susu pekat manis.

3. Salin bekas makanan asal kepada bekas makanan yang bersih dan kedap udara.

4. Tutup semua bekas makanan dengan sempurna setelah digunakan.

5. Sentiasa amalkan Lihat dan Hidu sebelum menggunakan bahan mentah.

6. Adalah lebih baik, labelkan setiap bekas makanan dengan nama produk dan tarikh akhir supaya tak terlupa.

7. Jangan beli produk makanan yang jarang dimakan dengan kuantiti yang banyak atau saiz yang besar.

Jadilah pengguna yang bijak.

Sumber: Facebook Sazly Tulih