Lembaga Lebuhraya Malaysia sebentar tadi memaklumkan sistem PayDirect , iaitu kad Touch ‘n Go yang boleh ditambah nilai menerusi aplikasi E-Wallet, hanya boleh digunakan di lebuh raya tertentu sahaja.
Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi, antara lebuh raya-lebuh raya yang dinyatakan adalah di Lebuh raya Sistem Tol Tertutup iaitu SKVE dan SDE.
Selain itu, sistem tersebut juga boleh digunakan di lebuh raya Sistem Tol Terbuka di :
AKLEH
BESRAYA
BSI, PLUS di Johor
DUKE
GCE
GRAND SAGA
GRAND SEPADU
JKSB
KESAS
KLK (Plaza tol gombak, Karak dan Bentong)
LATAR
LDP
LKSA
LLB
MEX
NPE
SILK
SMART
SPRINT.
Bagi Sistem RFID pula, orang ramai yang mempunyai Tag RFID dan menggunakan lorong RFID boleh menambah nilai di Aplikasi E-Wallet Tounch ‘n Go di seluruh lebuh raya di Malaysia.
Sumber : Lembaga Lebuhraya Malaysia