Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bawa Kucing Balik Kampung Naik Kereta? Amalkan Tiga Tips Ni Supaya Meow ‘Behave’

bawa kucing naik kereta
Gambar: @cat_hometown

Ketika pulang beraya di kampung, tidak dilupakan juga haiwan peliharaan yang berada di rumah turut ikut bersama termasuklah kucing.

Bagi mereka yang selalu pulang ke kampung bersama kucing, pasti sudah ‘masak’ dengan gelagat dan kerenahnya semasa dalam perjalanan.

Kita tidak tahu bila kucing mahu membuang air atau takut dan berasa tidak selesa semasa menaiki kereta atau apa-apa jenis kenderaan.

Jadi, bagaimanakah solusi yang patut anda ambil untuk mengawal pergerakan kucing semasa perjalanan pulang ke kampung?

Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian yang bermanfaat tentang kawalan terhadap kucing anda semasa pulang beraya oleh @cat_hometown.

Apa nak kena buat untuk control kucing time travel nanti?

Puasakan kucing

Sebelum bergerak, anda perlu membuatkan kucing anda berpuasa selama 12 jam terlebih dahulu sebelum bergerak. Hal ini kerana kucing ketika perutnya penuh sewaktu berada di dalam kereta, mereka akan mudah untuk loya atau muntah.

Untuk persediaan, anda boleh letakkan “potty pad” di dalam kereta sepanjang perjalanan.

Prepared treats

Anda juga boleh menyediakan “prepared treats” contohnya dalam bentuk stick. Ketika kucing anda dalam keadaan tengah meragam atau “moody”. Boleh bagikan sahaja stick itu kepada kucing anda.

Calming spray atau Catnip

Untuk pengetahuan, calming spray atau catnip ini mempunyai baunya yang tersendiri yang bertujuan untuk menenangkan kucing anda.

Sekiranya anda melihat kucing anda mula menampakkan tanda-tanda stress, boleh sahaja gunakan kepada mereka.

Untuk Catnip, ia digunakan dalam bentuk “dry leaves” manakala calming spray pula dalam bentuk “spot on”. Jadi titikkan ia dekat bahagian tengkuk atau belakang telinga.

Selain itu, anda juga boleh semburkan ke kucing ataupun semburkan di carrier ataupun tilam kucing.

Untuk penjelasan lebih lanjut, anda boleh menonton video di bawah ini.

Menerusi video itu, ramai pengguna TikTok memenuhi ruangan dan memberikan komen positif.

Gambar: TikTok @cats_hometown

Sumber: TikTok @cat_hometown