Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Cadangan pembinaan IOI City Mall 3 mencuri perhatian warga maya apabila ramai mula membayangkan pusat beli-belah itu bakal menjadi lokasi pilihan untuk bersenam, berjalan santai dan mengumpul langkah harian.
Perkongsian itu menjadi tular selepas seorang pengguna Threads, @janatunmaqwa, berseloroh mengenai saiz pusat beli-belah berkenaan.

“IOI City Mall 3 otw gais. Lepas ni jalan satu mall kumpul 20k steps,” katanya dalam satu hantaran di Threads semalam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyambut idea itu dengan pelbagai reaksi lucu, malah ada yang menganggap IOI City Mall sebagai lokasi sesuai untuk aktiviti brisk walk.
Seorang pengguna, @realkakchibs, berkata pusat beli-belah itu sesuai dijadikan lokasi berjalan santai bersama rakan-rakan.
“Jomlah korang kita brisk walk sini. Syarat dia bawa cash RM10 je untuk beli air kosong,” katanya secara berseloroh.
Sementara itu, @hardy.vii berkata dia pernah membaca mengenai perancangan fasa seterusnya pembangunan kawasan berkenaan.
“Tak silap hari tu ada baca Phase 4 dah planned. Dalam Phase 4 ada Purpose-Built Concert Hall dan 10-Acre Central Park.
“Bersyukur saya budak Bangi, IOI 10 hingga 15 minit saja,” ujarnya.
Seorang lagi pengguna, @aisa_azilah, berkata dia sering memilih IOI City Mall sebagai lokasi berjalan kaki kerana suasananya yang selesa.
“Hasil jalan dekat Tasik Cempaka ditambah brisk walk cari hadiah anak dekat IOI hari ni dapat 18,000 langkah.
“IOI 3 saya tunggu. Track paling saya suka untuk brisk walk, tak panas,” katanya.
Menurut @aizatrazali6, keluasan pusat beli-belah itu juga boleh dimanfaatkan untuk mengumpul mata ganjaran aplikasi kecergasan.
“Lepas ni kalau aku nak collect point AIA Vitality, aku jalan kat sini je lah. Untung woo, setiap minggu dapat redeem voucher ZUS RM10,” katanya.
Dalam pada itu, beberapa pengguna lain turut meninggalkan komen berseloroh mengenai cadangan peluasan pembangunan tersebut.
“Nak expand ni tambah Puchong IOI Rio City. Siapa banker yang support?” kata @tingho_831.
“Berbaloi beli running shoes sebab kalau jalan dekat IOI ni dah macam brisk walk dari Masjid Putra ke Bulatan Gemilang, jauh dia,” ujar @ridhwanovic.
Malah, ada yang bergurau mengatakan jumlah langkah harian boleh menjadi lebih tinggi jika tersalah jalan.
“Campur sesat, boleh dapat 30k steps,” kata @n_hidayah4869.
Turut mencuit hati, beberapa pengguna mencadangkan supaya pembangunan itu diteruskan sehingga ke kawasan berhampiran.
“Sambunglah sampai Bangi please. Sumpah seronok! Besarkan lagi!” kata @nurainzmn.
“U-turn kat Semenyih,” ujar @deebadeedoodaa.
“Dah alang-alang, Bangi extend sampai Seremban,” kata @syammilhalim.
Bagaimanapun, @nurainzmn berseloroh agar pembangunan itu tidak diteruskan terlalu jauh.
“Sampai Nilai je, tak boleh lebih-lebih. Kang ter-extend sampai Ulu Bendul, jem pula nanti,” katanya.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan