Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

IPIC, Aabar PJS Setuju Bayar US$1.8 Bilion Kepada MoF Inc

ipic aabar pjs bayar mof
Gambar: Bernama

IPIC, Aabar PJS Setuju Bayar US$1.8 Bilion Kepada MoF Inc

KUALA LUMPUR , 27 Feb (Bernama) — Menteri kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah mencapai satu penyelesaian mengenai pertikaian mereka dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) mengenai prosiding undang-undang di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

Menurut Kementerian Kewangan, dalam hal ini, IPIC dan Aabar PJS dari Abu Dhabi telah bersetuju untuk membayar US$1.8 bilion (kira-kira RM8.06 bilion) kepada Mof Inc dan 1MDB.

“Susulan penyelesaian ini, Malaysia dan Abu Dhabi berharap untuk terus bekerjasama demi kemakmuran dan manfaat ekonomi kedua-dua negara pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Ekonomi Malaysia Berkembang 8.7%, Tertinggi Dalam 22 Tahun

Sumber: Bernama