Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tehran, 29 Jun – Kerajaan Iran dilaporkan mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas tuduhan membunuh.
Menurut Al-Jazeera, Iran meminta kerjasama polis antarabangsa (Interpol) untuk menahan Trump yang dipercayai melakukan serangan dron yang mengorbankan seorang jeneral Iran di Baghdad kira-kira enam bulan lalu.
Pendakwa Tehran, Ali Alqasimehr berkata hari ini, Trump bersama 30 yang lain dituduh terlibat dalam serangan pada 3 Januari lalu yang membunuh Jeneral Qasem Soleimani.
Mereka bakal berhadapan tuduhan ‘pembunuhan dan keganasan’, lapor agensi media tempatan, ISNA.
Pun begitu, beliau tidak mengenalpasti individu lain selain Trump, namun menegaskan untuk meneruskan pendakwaan
Interpol yang berpusat di Lyon, Perancis serta kerajaan Trump belum mengeluarkan sebarang respon terhadap perkara ini.
Laporan media CNBC menyifatkan ancaman itu sebagai tidak membahayakan Trump berikutan dakwaan Interpol yang mengambil sikap berkecuali dalam isu politik.
Pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani beberapa bulan lalu telah menambah ketegangan antara dua negara yang bermusuh sejak sekian lama itu.
Malah, Iran turut dilaporkan menawarkan USD80 juta untuk kepala pemimpin AS berkenaan.
Dalam perkembangan yang lain, Iran merekodkan kes kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam akibat COVID-19.
Angka 162 kematian itu merupakan kes tertinggi sejak penularan bermula di negara itu pada Februari.
“Peningkatan ini merupakan refleksi prestasi kita dari segi pembukaan semula dan kepatuhan terhadap protokol kesihatan,” kata jurucakap Menteri Kesihatan, Sima Sadat Lari seperti dilaporkan Al-Jazeera.
Sumber: Al-Jazeera, CNBC