Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Markas tentera Iran pada hari Isnin mengumumkan pemberhentian operasinya terhadap Israel selepas kedua-dua pihak saling berbalas tembakan buat kali pertama sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada bulan April, lapor AFP.
Iran telah memberikan "tindak balas yang menyakitkan" kepada Israel dan ekoran itu, penghentian operasi angkatan tentera adalah dengan ini diumumkan", menurut kenyataan daripada markas Khatam al-Anbiya yang disiarkan oleh televisyen kerajaan.
"Bagaimanapun, adalah ditegaskan bahawa sekiranya tindakan pencerobohan dan permusuhan berterusan, termasuk di selatan Lubnan, tindakan yang jauh lebih hebat dan menghancurkan berbanding sebelum ini akan menyusul," tambahnya.