Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ismail Sabri Terima Darjah Kebesaran Sarawak, Bawa Gelaran Datuk Patinggi

Sofea
ismail sabri terima darjah kebesaran
Gambar: Bernama

MIRI, 9 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dalam istiadat yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini.

Penganugerahan darjah yang membawa gelaran ‘Datuk Patinggi’ itu adalah sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-86 Abdul Taib.

Turut hadir pada acara yang bermula dari 5.15 hingga 5.30 petang itu ialah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pimpinan tertinggi negeri.

Seramai 846 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib tahun ini.

Bandaraya Miri merupakan tuan rumah sambutan Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib yang berlangsung dari 7 hingga 9 Okt.

Sumber: BERNAMA