Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Israel Lancar Semula Serangan Udara Di Semenanjung Gaza

Gambar: Al-Jazeera

GAZA, 15 Nov (Bernama) — Pesawat tempur Israel meneruskan semula serangan udara pada Jumaat yang mensasarkan fasiliti milik Jihad Islam Palestin (PIJ) sebagai tindak balas kepada roket yang dilancarkan terhadap pihaknya.

Iklan

Sumber keselamatan Palestin memberitahu Xinhua, pesawat Israel menyerang pusat latihan milik Briged al-Quds di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap tentera Israel berkata dalam satu kenyataan, tentera udara mensasarkan kubu PIJ.

Pada Khamis petang, pejuang palestin melancarkan beberapa roket ke arah selatan Israel.

Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Sumber: BERNAMA