Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Isu Ekuiti Bumiputera IPS: Yana Najib Minta KPM Jelaskan Peranan MITI

EKUITI
Kredit: Facebook Yana Najib

Kementerian Pendidikan (KPM) diminta segera menjelaskan kaitan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam keputusan penyelarasan syarat pegangan 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS).

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Nooryana Najwa Najib berkata, perkara itu perlu diperbetulkan selepas MITI menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai makluman berhubung penyelarasan berkenaan, selain dasar pemilikan ekuiti Bumiputera berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi.

Menurutnya, isu berkaitan kepentingan dan penyertaan ekonomi Bumiputera bukan perkara kecil dan memerlukan penjelasan yang tepat.

“Kenyataan yang tidak tepat bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, malah boleh mencetuskan persepsi seolah-olah MITI dan kepimpinannya bersetuju dengan keputusan yang sebenarnya bukan di bawah bidang kuasa mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nooryana Najwa berkata, KPM perlu tampil memberikan penjelasan secara jujur dan telus serta bertanggungjawab terhadap kekeliruan yang timbul.

Semalam, KPM memaklumkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan IPS di bawah kementerian itu.

KPM berkata keputusan berkenaan dibuat selepas sesi perbincangan dengan MITI bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan serta memastikan ruang penyertaan dalam pendidikan kekal terbuka kepada semua pihak.

Bagaimanapun, MITI dalam kenyataan hari ini menjelaskan pihaknya tidak mempunyai makluman mengenai penyelarasan syarat pemilikan IPS seperti yang diumumkan KPM.

Sumber:Yana Najib